Pusat Tahfiz Sains Darul Ilmi (PTSDI) merupakan sebuah intitusi pendidikan tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Takmir Pendidikan Negeri Johor. Lokasi PTSDI terletak di Lot 1665, Jalan Gelang Chinchin, Mukim Jabi, Segamat dan jaraknya dari bandar Segamat sekitar 15 kilometer. PTSDI mula beroperasi sepenuhnya bermula 17 Januari 2014.
Melalui permuafakatan antara Pewakaf tanah dan bangunan iaitu Tuan Haji Harris bin Mat Jadi dan Pemegang Amanah Darul Ilmi, Yayasan Takmir Pendidikan Negeri Johor serta ABIM WADAH daerah Segamat, maka tertubuhlah Pusat Tahfiz Sains Darul Ilmi yang menyediakan pengajian tahfiz dan akademik bagi persediaan SPM. Pusat Tahfiz ini bakal melahirkan huffaz yang profesional serta mempunyai kefahaman dan penghayatan agama yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah seterusnya disepadukan dengan ilmu-ilmu kehidupan semasa.
PTSDI mempunyai 2 unit asrama, iaitu asrama lelaki dan asrama perempuan yang boleh memuatkan pelajar sekitar 45 orang dalam satu masa.
Pada tahun 2019, PTSDI telah melahirkan seorang hafiz al-quran pertama, iaitu adik Muhammad Aqil Izzudin Bin Mohd Rizal, mula menghafaz pada 18 januari 2016 sehingga 13 Disember 2019.
Seterusnya pada 2020, PTSDI telah melahirkan 3 orang huffaz, iaitu adik Muhammad Hazriq Hakim Bin Norazlan, mula menghafaz 15 Januari 2017 hingga 31 Ogos 2020, Norhidayu Bte Zolkafli mula menghafaz 15 Januari 2017 hingga 27 Oktober 2020 dan Norbanin Humaira mula menghafaz 15 Januari 2017 hingga 27 Oktober 2020.
VISI
“Huffaz Profesional Yang Berhikmah Menuju Keradhaan Allah”
MISI
OBJEKTIF