PENDIDIKAN
PENGALAMAN PENGURUSAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali pada tahun 2021 bagi meneruskan wadah perjuangan dalam bidang pendidikan ini. Semoga kita dapat bekerjasama dengan penuh semangat dan iltizam dalam membangunkan anak bangsa seterusnya melahirkan insan soleh melalui profesion keguruan yang amat kita cintai.
Seluruh warga SMIJB merupakan tunggak utama dalam menggerakkan gagasan Pendidikan Al-Hikmah ini. Segala tenaga dan idea yang dicurahkan amat berguna dalam menghadapi era pembangunan pendidikan Islam dalam Revolusi Industri 4.0. Pelbagai inovasi dan transformasi pendidikan yang mesti digerakkan dalam mencorakkan kemenjadian pelajar yang seimbang akademik dan sahsiah. Penerapan nilai – nilai murni dalam diri setiap pelajar harus diutamakan dalam mendidik pelajar dan mengurus institusi pendidikan ini sebagaimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Al-Hikmah.
Akhir kata, saya yakin seluruh warga sekolah ini akan memberi komitmen sepenuhnya untuk mencapai visi dan misi sekolah. Penglibatan menyeluruh warga sekolah akan menjadikan Sekolah Menengah Islam Johor Bahru terus menjulang namanya di persada dunia pendidikan. Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela telah berkata bahawa “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world”.
Sekian, terima kasih.
Wallahua’alam. Salam hormat dan bahagia
Ust. Farhan bin Ashari Pengetua SRI