Alhamdulillah, setinggi-tinggi puji bagi Allah yang telah menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Saya mewakili pihak Sekolah SRI Johor Bahru (SRIJB) mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang taruh sekolah ini iaitu murid-murid, guru-guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, ahli jamaah dan masyarakat umumnya yang telah bersama-sama membangun SRIJB sepanjang lebih 30 tahun ini.
SRIJB merupakan salah sebuah institusi pendidkan ABIM yang mendokong falsafah Pendidikan Al-Hikmah dalam proses pendidikan di sekolah ini. Ia adalah proses melahirkan insan mukmin yang mempunyai ilmu, hikmah, ketrampilan, iltizam serta nilai-nilai salih dan setia melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi. Pendidikan yang diterap adalah berpandukan petunjuk wahyu dan berlandaskan aqidah Islamiah dengan matlamat akhir untuk membentuk peribadi rabbani yang terpadu, seimbang dan murni demi mencapai keredhaan Allah SWT.
Semoha usaha mendidik anak-anak di sekolah ini menjadi amal kebajikan kepada kita semua dan diberkati oleh Allah SWT.
Nur Fauzana binti Abd.Rahman Guru Besar SRI
PENDIDIKAN
PENGALAMAN PENGURUSAN