Lembaga Pengelola SRI

Dr. Mohamad Roji bin Sarmidi merupakan Professor Khidmat Bakti di Universiti Teknologi Malaysia.  Beliau merupakan mantan Dekan Penyelidikan Bersekutu Bioteknologi dan Pengarah UTM Pagoh.  Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Beliau menyambung pengajian ke peringkat A-Level di North Devon College, Devon dan seterusnya memperoleh Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari University of Surrey, Guilford (1984) dan Doktor Falsafah dari Aston University, Birmingham (1993).

Tumpuan penyelidikan beliau menjurus kepada kesan kesihatan tanah dan tumbuh-tumbuhan kepada metabolisma dan kesihatan manusia.  Menurut Dr Mohamad Roji hanya tanah yang sihat mampu menghasilkan produk makanan berkualiti dan bernutrisi tinggi.

Beliau merupakan pengasas kepada International Conference on Biotechnology for the Wellness Industry (ICBWI) semenjak 2008 dan ketua editor International Journal of Biotechnology for the Wellness Industry (IJBWI) semenjak 2012.  Beliau juga bergiat dalam Persatuan Pengamal Perubatan Nutrisi Malaysia (ANMedP) selaku Timbalan Presiden.  Pada tahun 2017 beliau adalah penerima Anugerah Akademik Negara ke 11, Kategori Inovasi dan Pengkomersialan.  Beliau boleh dihubungi melalui email di: mroji[at]utm.my