Mengenai ABIM Johor

Sepintas Lalu ABIM Johor

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor telah ditubuhkan pada 16 Julai 1973 di Pejabat Kebajikan Masyarakat, Jalan Awang, Segamat, Johor.

Pada peringkat awal pejabat ABIM Negeri Johor terletak di No. 7-A Jalan Sahabat, Kg Melayu Majidee, Johor Bahru. Kemudian berpindah ke No. 10 Mustika Embun, Jalan Abd Rahman Andak, Johor Bahru dan seterusnya di No. 10 Jalan Padi Ria 13 Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Sekretariat ABIM Negeri Johor kembali beroperasi untuk beberapa tahun di Mustika Embun sebelum akkhirnya beroperasi secara tetap di Wisma ABIM, Bandar Baru Uda.

Jawatankuasa pengurusan tertinggi ABIM ialah Jawatankuasa Kerja Pusat yang diketuai oleh Presiden. Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat ini dilantik secara syura dalam Muktamar Belia Islam setiap dua tahun sekali yang diamanahkan untuk merancang seterusnya melaksanakan projek-projek dan aktiviti-aktiviti ABIM di pelbagai peringkat.

Jawatankuasa Kerja Negeri dan Daerah pula ditubuhkan untuk merancang dan menjalankan program-program dakwah di peringkat negeri dan daerah masing-masing. Jawatankuasa Kerja Negeri diketuai oleh Yang Di-Pertua

Perakuan Pendaftaran

ABIM Johor

Mantan YDP ABIM Johor

Ustaz Abdul Manan bin Abdul Majid
YDP ABIM Johor Pertama
1972 - 1988
Tuan Hj. Mohd. Ayub bin Ahmad
YDP ABIM Johor
1989 - 1991
Ustaz Ab Gani bin Jalil
YDP ABIM Johor Ketiga
1992 - 1997
Ustaz Azmi Shah bin Suratman
YDP ABIM Johor Keempat
1998 - 2005
Tuan Hj. Shafudin bin Mohd Yatim
YDP ABIM Johor Kelima
2006 - 2008
Dr. Hj. Shahrum Shah bin Abdullah
YDP ABIM Johor Keenam
2009 - 2011
Ustaz Hj. Ab Razak bin Ripin
YDP ABIM Johor Ketujuh
2012 - 2014
Tuan Zainuddin bin Zakaria
YDP ABIM Johor Kelapan
2014 - 2020