Rakan² Strategik Dakwah

Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)

Kesatuan Pelajar Islam Johor adalah sebuah pertubuhan pelajar islam terawal di tanah melayu, khususnya di negeri Johor Darul Takzim yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai badan gabungan anak negeri. KPIJ merupakan persatuan pelajar islam yang bergerak secara aktif dalam usaha menjaga, mengguna dan membangunkan seluruh pelajar islam di negeri Johor dengan baik dan betul, seawal umur 5 tahun sehingga 26 tahun menerusi 4 modul teras pembangunan insan dalam konteks aktivisma, intelektualisma, idealisma dan spiritualisma. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1956 di Madrasah Arabiah Kluang, Johor. Ia kemudian telah didaftarkan secara sah pada 28 Julai 1958 sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka dengan No. Pendaftaran di Pejabat Pendaftar Penubuhan ialah 867 Melaka. KPIJ atau nama asalnya (ketika didaftarkan) Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Johor telah mencatit sejarahnya tersendiri sebagai sebuah pertubuhan Islam rasmi pertama di Malaysia yang menghimpunkan kekuatan pelajar Islam.

VISI

Membina dan memimpin tamadan khayra ummah

MISI

Mempersiap generasi tamadun khayra ummah

Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH)

Penubuhan WADAH adalah dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi dalam masyarakat.

WADAH didaftarkan pada 09 November 2005 dengan angka pendaftaran PPM-003-10-11092005 (Selangor)

WADAH ditubuhkan dengan tujuan-tujuan berikut :

  1. Melaksanakan program-program dakwah dan kesedaran sosial yang dapat meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat terhadap agama, bangsa dan negara.
  2. Mengadakan latihan-latihan bagi melahirkan da'i yang kompeten.
  3. Mengembleng tenaga da'i bagi melaksanakan program dakwah secara lebih bersepadu dan berkesan.
  4. Mendidik umat melalui usaha menyebarluas pandangan dan pendirian mengenai pelbagai isu yang berbangkit berasaskan perspektif Islam melalui pelbagai saluran dan media yang ada.

Global Peace Mission

afafagag

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | National Union Of Malaysian Muslim Students | الإثحاد لطلاب المسلمين المالزيين (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.

Penubuhan PKPIM ini diusahakan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang pemimpin pelajar daripada lima institusi pendidikan tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur (sekarang Universiti Teknologi Malaysia), Maktab Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), Kolej Islam Malaya (sekarang Maktab Perguruan Islam) dan Maktab Perguruan Bahasa. Tujuan utama penubuhan persatuan ini pada awalnya adalah untuk menjadi wakil tunggal pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada waktu itu untuk berhubung dengan badan-badan pelajar Islam di luar negeri.

PKPIM ditubuhkan atas dasar inisiatif yang timbul kesan dari Seminar Pelajar Islam Se Malaysia yang pertama kali dianjurkan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya. Beberapa persatuan pelajar Islam dari luar negara seperti Malaya, Indonesia, Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon menjadi perwakilan pada hari tersebut. Seminar ini merupakan seminar pertama yang dianjurkan oleh para pelajar atas nama Islam.

Hasil dari seminar tersebut beberapa resolusi telah dibentuk iaitu persatuan pelajar-pelajar Islam PTM perlu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di PTM dan perlunya PTM mengadakan satu institusi pengajian tinggi (universiti) bagi memenuhi keperluan pengajian Islam yang ada di negara ini. Hasil dari resolusi yang dibuat, maka Jawatankuasa Seminar memberi mandat untuk membentuk satu Jawatankuasa Penaja penubuhan PKPIM. Hasilnya, terbentuklah satu Jawatankuasa Perancang penubuhan PKPIM yang kebanyakan ahlinya terdiri dari Jawatankuasa seminar tersebut.