Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang digerakkan oleh ABIM Negeri Johor bertujuan membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan. Tahun 2021 merupakan tahun ke-15 program seumpama ini diteruskan. Program ini tercetus berikutan tragedi banjir besar yang melanda negeri Johor pada tahun 2006
Sumbangan yang diterima adalah dalam bentuk beras, barang keperluan harian atau wang tunai. Sumbangan yang diterima daripada para penyumbang budiman akan disalurkan terus kepada para penerima yang telah dikenalpasti melalui data-data yang diperoleh daripada pihak-pihak yang berkenaan seperti sekolah, ketua-ketua kampung dan qariah masjid setempat. Manakala wang tunai yang terkumpul digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian seperti dinyatakan di bawah.
Majorirti para penyumbang adalah terdiri daripada orang perseorangan dan diikuti dengan sektor swasta, badan-badan kerajaan dan NGO. Manakala penerima-penerima sumbangan pula terdiri daripada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan saudara baru. Melihat kepada statistik bagi tahun 2016, kategori individu merupakan peratusan terbesar dalam graf penyumbang.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa program seumpama ini dapat memupuk kesedaran dan keprihatinan orang perseorangan untuk membantu golongan yang berkeperluan. Justeru, ABIM Johor akan meneruskan dan menambahbaik program ini dari masa ke semasa.
Belum tahu nak taruk text apa kat sini. Belum tahu nak taruk text apa kat sini. Belum tahu nak taruk text apa kat sini. Belum tahu nak taruk text apa kat sini.